Wednesday, 23 March 2016

KEHILANGAN INI MENGAJAR KITA ERTI "REDHA, SABAR & KUAT"

Tahun yang penuh dengan kehilangan. 
Tahun ini merupakan tahun yang banyak kehilangan berlaku pada diri ini. Apapun yang berlaku, aku perlu redha dengan pemergiaan insan yang aku sayangi.
Bermula 2016 pada hari Isnin 18 Januari 2016 bersamaan 8rabiulakhir 1437 hijrah aku kehilangan seorang insan yang paling aku sayang. Dia lah sahabat, abang, musuh yang terbaik aku temui selama ini. Mana sama untuk aku temui org yg sepertimu. Tak sama. Susah sangat. Tak semudah kata untuk aku lupakan semua kenangan yang 3tahun kita kenal. Kehilangan kau sungguh terasa sehingga kini. Perginya kau mengucap kalimah tauhid. Allahuakbar.

Kehilangan ini meninggalkan kesan mendalam dihati.

Kehilangan ini sangat memberi kesan kepada diri ini.
Kehilangan ini seakan memberi peringatan yang mungkin selepas ini adalah giliran saya. Selalu beringat ingatlah akan mati.
Kehilangan ini memberi satu hakikat hanya Dia yang tidak mati dan tidak pernah akan meninggalkan kita bahkan kita lah yang selalu meninggalkan Dia.
Dan semua kehilangan ini memberi tahu hikmah kehilangan orang yang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah. Allahurrabbi. Besar dugaan kali ini.
Hanya pada Allah. kerana Allah itu sifatnya kekal.
Rasulullah bersabda:
“Air mata boleh mengalir, hati boleh bersedih tetapi kita tidak boleh mengatakan sesuatu kecuali yang dapat membuat Allah redha. Dan kami, wahai Ibrahim, sedih kerana pemergian mu.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Pasti dan pasti kita pernah merasai kesusahan hati.
Pasti dan pasti setiap manusia pernah merasai kekecewaan jiwa. Tidak mengapa. Kerana itu fitrah bagi setiap manusia. *tiup semangat*
Allah itu Maha Kaya.
Andai seorang kaya merasai Allah itu Maha Kaya, dia tidak akan takut untuk menderma. Andai dia seorang yang miskin, dia tidak pernah takut dengan kemiskinan dunia.
Dia tahu Allah akan memberinya rezeki kalau bukan pada hari ini pasti esok lusa dari jalan yang tak disangka-sangka..
Dan andai Allah cabut nyawa orang yang paling aku sayang pergi lagi. Aku masih mampu redha dan mengukir senyuman di bibir, insyaAllah, kerana aku tahu Allah uji kekuatan seorang hambanya.
Bersangka baiklah pada Allah. Allah pasti akan memberi yang terbaik buat diri kita.

Kehilangan
Perpisahan
Pemergian
Ditinggalkan
Itu yang mengajarkan kita erti seorang hamba  yang kuat, redha & tabah.
Itu yang mengajar kita segalanya yang datang daripada Allah akan kembali kepada Allah juga. Itu yang mengajar kita untuk menjadi dewasa dalam segala penerimaan.
Kehidupan ini kisarnya tentang menerima hakikat.
Pedih dan sakit itu biasa.
Telan saja.
Suatu masa nanti,
Kita akan berterima kasih pada Dia atas segala ketetapan yang menyakitkan hari ini.

* * * * * * * * * * * * *

“Awak sayang dia tak?”
*senyap sambil buat muka pelik*
“Awak rindu dia tak?”
*senyap sambil rolling eyes*
“Kenapa awak tak jawab?”
“Apa tanya soalan macam tu. Dan saat itulah air mata mengalirT!”
P/S: Untuk korang, kalau sayang katakan sayang. Jangan nanti terbayang-bayang. Kalau rindu katakan rindu. Jangan nanti tertunggu-tunggu. Bila dah xde baru nak hargai, selama ini ada tak peduli. Aku sedang rasa kesedihan ini. Hargailah orang yg kau sayang sebelum dia pergi meninggalkan.
Aku bersyukur dengan ketentuan mu ya Allah. Kau ambil dia dengan keadaan yang baik. Dan kau hnya pinjamkan aku insan yang soleh ini buat sementara. Kita sayang, Allah pon sayang. Allah nak jaga awak lagi. Aku pasti, orang yg rindu bertemu dengan Allah. Allah juga rindu untuk bertemu dengannya. 
SABAR SABAR & SABAR !
Ujian ini adalah tanda Allah sayang pada kita, meningkatkan iman kita dan menghapuskan dosa dosa kita. InsyaAllah, kita boleh :)



thanks for reading . klik LIKE kalo suke :)

Sengetpunyestory.blogspot.com